Thursday, May 19, 2011

Buang Bayi


Tiba-tiba tergerak hati nak check kat draft blog ni. Ada plak artikel pasal buang bayi ni. Rasa-rasa tak publish lagi. So saje2 lah publish artikel nih. Korang Jangan lah buang bayi erk. Kalo taknak bayi tu bagi lah kat orang yang hendak. Jangan Buang nanti nyesal oww.. Buat dulu penyesalan sesal dulu pembuatan. Haaa!! hehehe Gambar menunjukkan Anggota polis forensik memeriksa mayat janin yang ditanam di belakang sebuah rumah teres dua tingkat di No 14, Jalan 712 D, Seksyen 7, Shah Alam.

Mayat bayi lelaki tidak cukup bulan dibuang ke dalam longkang di tepi jalan Seri Kembangan berdekatan Pasar Borong Selangor.

Mayat bayi bersama surat yang di tinggalkan di Masjid Negeri, Seremban.


Mayat bayi baru lahir ditemui dimakan anjing dekat Parit Jawa, Muar.


Mayat bayi perempuan dengan tali pusatnya masih belum dipotong, ditemui dalam beg plastik hitam di tempat pembuangan sampah di Taman BDC Stutong, Kuching.

Mayat bayi lelaki yang berlumuran darah dengan tali pusat masih belum dipotong dijumpai dalam sebuah baldi di tempat letak kereta,bangunan Wisma Saberkas, Kuching.



Mayat bayi yang dicampakkan dari tingkat 17 sebuah flat sehingga pecah kepalanya ditemui di Kuala Lumpur.

Mayat bayi dijumpai terdampar di tebing Sungai Pemandi, Kampong Makam. Kota Tinggi.

Janin bayi yang di temui di dalam saluran najis di sebuah stesen minyak di Bukit Indah 1 Nusajaya, Johor Bahru.


Keadaan mayat bayi yang berbau busuk yang diletak dalam sebuah beg di sebuah rumah teres kosong di Taman Saga, Seremban.

Mayat bayi perempuan yang dijumpai di tapak perlupusan sampah Jalan Matang kira kira 12 kilometer dari Bandaraya Kuching.

Polis menemui beg mengandungi mayat bayi berusia lingkungan dua hingga tiga minggu yang ditemui di tepi sebuah tiang di Stesen Monorail Maharajalela.


Mayat bayi perempuan yang berusia satu bulan di temui terapung berhampiran jeti Tanjung Api, Kuantan.

Seorang anggota polis penyiasat sedang memeriksa mayat bayi lelaki yang ditemui di tapak pelupusan sampah Pajam, di Nilai.

Mayat bayi lelaki masih bertali pusat ditemui orang awam di tepi Blok J, Flat Lobak, Jalan Lobak, Seremban.

1 comments:

Anonymous said...

arghhhh!!!!!
pnde polah x pnde tanggong!! pa jk la!! k la helmet mun xmok anak!