Wayang Kita



Hantu Kak Limah Balik Rumah


  
Pada 12/12/10 My Oh My Crew telah pergi Ke Star Cineplex Parkson Kuching Sarawak untuk menyaksikan Film Hantu Kak Limah nie. Tayangan ditayangkan pada pukul 3.30 pm , kite orang baru balik dari Education Fair kat Hotel Riverbank kat sebelah jer parkson nih. Hari Ahad, ramai la orang yang berpusu-pusu tengok wayang, kuar dengan awek, family, scandal dan Lain2.
  

Jum Kenali apa Hantu Kak Limah Punyer Citer dulu:
Citer ni kesinambungan cerita Zombie Kampung Pisang hasil Mamat Khalid yang sememangnya lawak. Cerita dia masih lagi dalam Kampung pisang tu jer. Si Awie ni aka Hussein ni dah kuar kampung lpas kes Zombie tu. Citer ni bermula bila awie Balik kampung dia balik setelah berhijrah ke singapura. Biase r kalo lme tak blik kampung mesti jmpe orang dah meninggal kalo kte tak tau. Haa camtu la

Pandangan My Oh My Crew :
Pandangan Kite orang, film ni memang, memang mengarut!! Tapi mengarut dia tu la lawak. haha satu panggung asyik gelak jer. Lawak dia memang best. Suspen jugak sebab Kak Limah ni cam seram. Memang respect la Mamat Khalid. Kalo korang yang x bape Gempaks dengan zombie kampung pisang. Korang masih boleh nengok citer nih sebab dia lain sikit. Dia lebih hangat. Make Up pun power. Lawak memang Lawak. Korang mesti tonton 

Apeyang Tak Best: Yang takbest nyer, ade satu part tuh.. ade hantu tetek. Kalo budak2 tengok kan susah mak bapak nak menjelaskan tak gitu? heee peace

Nasihat kat korang: Kalau ada masalah, pegilah nonton citer nih. pastu balik rumah baru la korang tensyen balik. 

Berapa Bintang Dari Poret Poret Film My Oh My?








Social Network

Pada 4/12/10 My Oh My Crew telah pergi Ke MBO The Spring Kuching Sarawak untuk menyaksikan Film Social Network. Tayangan ditayangkan pada pukul 10.45 pm , dan menyebabkan Crew My Oh My terpaksa menunggu 2jam 45minit untuk melabuhkan punggung ke panggung. Memang memenatkan menunggu. Masuk dalam panggung pun rasa nak tido dah.


Jum Kenali apa Social Network dulu:
Cita pasal Mark Zuckerberg yang mencipta laman web network sosial iaitu facebook. Mengambil masa dan cabaran dalam membuatnya. Mark Zuckerberg ni memang genius. Yahudi kan. Jadi sebab dia gaduh dengan awek dia. Dia wat satu Website yang ala2 facebook tak jadi. Tapi dapat 22,000 orang pengunjung dalam 2jam. Dari situ dia mendapat semangat dan idea tuk wat facebook.  Dah dia dpt buat dia kene lak mcm2 bencana.

Pandangan My Oh My Crew :
Apeyang Best: Film ni memang inspiring!! korang kalo yang hilang semangat tengok la citer nih. 
Mane tau leh wat korang berjaya satu hari.  Setiap kejayaan mesti ada target dan imiginasi. Gunakan citer ni tuk naikkan semangant. Jalan citer dia memang la agak menarik. Lagi pun Based on true story kan. Sampai habis tengok tak terasa lak mase dah 2 jam. lame gak citer nih. Memang Truely Maximality Inspiringlah!! tu lah yang best

Apeyang Tak Best: Yang takbest nyer, biasalah film yahudi. ade jgak selit2 adengan yang 18sx ckit. Tak boleh la nak bawak budak2 tengok kan.Sayang je. Pastu lagi, Mark Zuckerberg dalam citer nih pun cam ego sombong ckit. Korang nilaikan sendiri r. 

Nasihat kat korang: jangan tengok citer ni lewat2 malam. hehehe

Berapa Bintang Dari Poret Poret Film My Oh My?








Ngangkung


Pada 1.12.2010 my oh my crew telah berkumpul di "Lotus Five Star Cinemas" untuk menyaksikan tayangan filem Ngangkung.Tayangan jam 11.20 pm. Tapi masih banyak orang yang Berduyun tiba~. Seat Malam tadi pun memang Full House!! Jadi bila nengok orang ramai-ramai camnih mestilah cambest jer cerita dia kan?

Kita Review Apa itu ngankung dulu :
Ngangkung sebuah filem arahan Ismail Bob Hashim merupakan sebuah filem komedi seram yang mempunyai unsul nasihat untuk semua. setibanya kami di panggung wayang terdapat ramai orang sedang berbaris untuk menyaksikan filem ini, dari golongan remaja ke golongan tua. Filem ini mengisahkan 3 orang sekawan yang mengangkung untuk memperolehi nombor untuk membeli nombor ekor, akibat daripada perbuatan mereka tersebut mereka telah mendapat satu malapetaka tehadap diri dan keluarga mereka.

Pandangan My Oh My Crew:
Apeyang Best :Sememangnya filem ini amat kelakar sehingga setiap penonton tidak berhenti untuk ketawa dari permulaan cerita sehinggalah tamatnya cerita ini dengan lawak yang spontan dan juga kisah sedih di penghujung cerita ini.Lawak tapi penuh pengajaran. Bagus Genre yang dipertengahkan. Hantu yang Terlibat dalam melakonkan cerita ini juga bukanlah hantu yang rupa bodoh.
Tapi seram lah jgak. Walopun lawak! korang faham x? 
Kalo tak paham pegi lah tengok wayang! Kalo takde duit jangan lak ngangkung erk. Peace

Apeyang Tak Best : Dari Film takde ape sangat takbest. Dari panggung , dorang bawak bayi tengok wayang la. Menggangu konsentrasi

My oh my mencadangkan anda untuk pergi menonton filem ini secepat mungkin di pawagam

Berapa Bintang Dari Poret Poret Film My Oh My?