Tuesday, May 17, 2011

Misteri Album The Beatles

Gambar diatas adalah cover album The Beatles yang berjudul Abbey Road. Album ini dirakam pada 1966 dan dilancarkan pada tahun 1969 dan menjadi salah satu album terbaik the beatles. Tapi ia juga mengundang kisah misteri di kalangan para peminat The Beatles mengenai salah seorang ahli kumpulan The Beatles yang kononnya telah meninggal dunia.
Kisah misteri ini bermula apabila sebuah stesen radio mendapat panggilan telefon dari seorang pemanggil yang memperkenalkan diri sebagai “tom”. Dia mengatakan bahawa Paul Mccartney sudah meninggal dunia dan meminta untuk memutarkan lagu Revolution no 9 secara terbalik.
Setelah diputar! stesen radio mengaku mendengar sebuah kalimat seperti “turn me on, dead man”.
Tak lama kemudian , heboh rumors mengenai petanda kematian Paul McCartney yang dikatakan terdapat di cover album Abbey Road. Pakaian yang dipakai oleh mereka dan latar belakang kulit album dikatakan mempunyai misteri.
Bermula dari John Lennon yang berpakaian serba putih, melambangkan dia sebagai “Tuhan”. Ringo Star yang memakai kot hitam rapi dan kasut berkilat, seakan dia sedang menjadi “Pendeta”. Kemudian Paul McCartney pula memakai kot hitam yang tidak rapi serta tidak memakai kasut bermaksud seperti orang mati yang akan dikebumikan.Goerge pula hanya berpakaian jeans dan baju biasa seperti seorang “Penggali kubur”.
Jika anda melihat secara teliti cover album the beatles diatas. Anda akan melihat ada sebuah kereta dibelakang sejajar lurus dengan arah Paul McCartney.Inilah rumors yang mengatakan Paul McCartney mati kemalangan tragik.
Di sebelah kanan terdapat kereta hitam, dalam budaya Inggeris ia merupakan kereta jenazah. Di sebelah kiri pula terdapat kereta berwarna putih bernombor plat 28, angka yang sama dengan usia Paul McCartney disaat itu.
Yang pastinya , Paul McCartney masih hidup dan rumors berkenaan hanyalah hoax semata-mata.


Jangan Lupe Like And Comment OK!!

0 comments: