Monday, May 23, 2011

Mamat Khalid di Saman Anak Kak Limah

Tahu kah korang bahawa terdapat seorang atuk yang ingin menyaman mamat khalid kerana menggunakan nama kak limah sebagai watak hantu dalam filem : hantu kak limah balik rumah? Hehehe nak tahu tak kenapa?

1. Nama atuk tersebut ialah ismail saaid.

2. Nama isteri atuk tersebut ialah rojamah abu bakar.

3. Isu neh bermula pada minggu lepas bilamana salah seorang cucu atuk tersebut memasangkan vcd filem hantu kak limah balik rumah di rumahnya. Hantu Kak limah dalam filem tersebut dikatakan mengambil nama arwah ibu kepada atuk tersebut.

4. Setelah menonton filem itu atuk tersebut menjadi geram dan tidak boleh tidur malam. Disebabkan itulah atuk tersebut bertindak mahu menyaman mamat khalid kerana mempersendakan arwah ibunya iaitu kak limah.

5. Bukti yang mengaitkan bahawa hantu kak limah berkait rapat ibu atuk tersebut ialah surat beranak arwah ibunya. Ibu nya seorang bidan juga digelar kak limah [nama asal : halimah walit] yang menetap di kampong sayong lembah sama seperti watak dalam filem mamat khalid malahan seseorang yang dihormati ramai ketika masih hidup.

6. Selain dari itu, atuk tersebut juga marah bila mana filem terbabit menggunakan perkataan seperti ;
"kita bako aje" dan "ghonjang" kerana perkataan terbabit mempunyai makna tersirat yang difahami oleh atuk tersebut dan penduduk di kampung terbabit.

7. Apa yang paling dikesalkan oleh atuk terbabit bila mengetahu bahawa pelakon watak hantu kak limah ialah cucu saudaranya iaitu delimawati. Atuk tersebut telah menghubungi delimawati namun tidak dilayan. Apa yang diharapkan oleh atuk tersebut dari delimawati ialah permohonan maaf dan menegakkan keturunan dan salasiah kak limah.

8. Dan kepada mamat khalid, atuk tersebut akan menfilekan saman malu kerana menggunakan nama watak kak limah dalam filem hantu kak limah balik rumah. Atuk tersebut kini trauma kerana mengenangkan nama kak limah dipersendakan oleh penduduk kampung. Ini kerana menurut atuk terbabit, ibunya bukan seperti yang digambarkan dalam filem terbabit.


Diambil dari Gempak forum
Jangan Lupe Like And Comment OK!!

0 comments: