Sunday, December 19, 2010

Sah!!! Taib Mahmud Kawen Lagi

Sah!!! Gempaks!!! Taib Mahmud kahwen lagi. Inilah yang heboh dikatakan sekarang. Wanita cantik berdarah arab dipercayai dari Lebanon. Masih Power ye Ketua Menteri Sarawak nih. Dengan Harta yang melimpah ruah, Sape-sape pun nak kat Big Bos Sarawak nih. Ini dia dikatakan Gambar Yang Terhormat Taib Mahmud sedang Akad Nikah.


Inilah dia dikatakan Wanita Lebanon yang menjadi Isteri kepada Taib Mahmud.

Taib Mahmud selamat diijab kabul 
Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud selamat dinikahkan dengan seorang wanita Arab berusia 28 tahun dipercayai dari Lebanon dalam majlis tertutup yang diadakan di kediamannya di Demak Jaya malam ini.


Taib dan isterinya dinikahkan oleh Mufti Sarawak, Kipli Yassin pada pukul 9.30 malam dalam satu majlis sederhana yang diadakan di ruang utama kediaman rasmi beliau.

Turut kelihatan pada majlis akad nikah itu ialah anak kedua Abdul Taib, Mahmud Abu Bekir.

Semalam, ketika menghadiri Majlis Dialog dan Makan Malam Bersama Persatuan-Persatuan Cina di sebuah hotel di sini, Abdul Taib menafikan bahawa beliau telah berkahwin dan sekadar menjawab: "Belum lagi."

Perkahwinan itu sekali gus menamatkan zaman duda Ketua Menteri itu selepas kematian isteri, Allahyarham Puan Sri Laila Taib akibat kanser pada April tahun lalu.

Terdahulu, anggota keselamatan yang bertugas di kediaman Abdul Taib memaklumkan bahawa pihak media tidak dibenarkan memasuki kawasan berkenaan kerana ia merupakan majlis tertutup.

Majlis tersebut hanya dihadiri orang kenamaan dan ahli keluarga terdekat bermula dengan majlis tahlil dan doa selamat kira-kira pukul 6.30 petang dan dihadiri kira-kira 200 tetamu khas.

Antara kenamaan yang dilihat memasuki kediaman Ketua Menteri ialah Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Sarawak, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg; Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Seri Awang Tengah Ali Hassan dan Penasihat Khas Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.

Turut hadir, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Mohd Naroden Majais dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Dr. Abdul Rahman Junaidi.

Acara tepung tawar mempelai dan persembahan hadrah turut diadakan ketika Abdul Taib dan isteri bersanding dengan hanya kenalan dan keluarga terdekat diberi peluang menepung tawar pasangan berkenaan.


Abdul Taib yang berkahwin dengan Allahyarham Laila pada 1959 dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Jamilah, Mahmud Abu Bekir, Sulaiman Abdul Rahman dan Hanifah serta 15 cucu.

Inilah Artikel yang MyGempaks perolehi.

Tahniah Yang Terhormat Terhebat Tuan Yang Terutama Taib Mahmud!!

Jangan Lupe Like And Comment OK!!

0 comments: