Monday, December 6, 2010

Restoran Terpelik Dunia


Artikel ni diambik dari rakan blogger yang lain
redzuan@blogspot.com kalo x silap
Makasih la kat dia kan
So korang, nilah restoran2 yang Takbolehblah
Kat Malaysia jangan harap la nak ada!! haha

Hospital Restaurant (Japan)
Restoran yang bertemakan perubatan, tongkat dihiaskan di dinding restoran, pelayan berpakaian seperti jururawat, dan minuman dihidangkan di dalam botol IV drip!


Condom Restaurant (THAILAND)
restoran ini terletak di Bangkok , Thailand. Disebut  sebagai restoran kondom, kerana segala aksesori ruangan dihias dari kondom yang berwarna warni. Hiasan di dinding, bunga, dan lampu gantung pun dibuat dari kondom warna warni. Sejumlah boneka setinggi manusia memakai pakaian yang diperbuat dari kondom. Uniknya lagi setelah makan, pengunjung akan diberi kondom.


Undersea Restaurant (MALDIVES)
Restoran di bawah laut pertama di dunia, terletak di Maldives. danlokasi restoiran ini  di bawah lautan Hindi. Anda pasti suka.. :)



Restaurant in a Prison (ITALY)
Restoran yang teletak di dalam sebuah penjara di Itali yang berusia 500 tahun. Pekerja-perkerja restoran adalah banduan penjara itu sendiri yang dikawal ketat oleh warden penjara. Restoran ini cukup terkenal sehingga tempahan meja dilakukan seminggu lebih awal.

Graveyard Restaurant (INDIA)
Restoran ini dibina di atas kubur dengan meja-meja diletakkan di antara 2 kubur

Dark Restaurant (CHINA)
Restoran yang dicat sepenuhnya dengan warna hitam dan gelap sepenuhnya. Pelanggan akan dibawa masuk ke dalam restoran dan makan dengan menggunakan night vision goggle.  Lampu, telefon bimbit dan benda berlampu dilarang dibawa masuk ke dalam restoran ini.

Restaurant in the Sky (BELGIUM)
Restoran yang boleh menampung sehingga 22 orang, terletak pada ketinggian 150 kaki di udara. Meja dan kerusi  diangkat oleh kren di mana bayaran boleh mencecah sehingga 8 ribu euro.

Toilet Restaurant ( TAIWAN ) 
Restoran yang berilhamkan tandas, dihiasi dengan rekaan-rekaan tandas. Pelanggan akan duduk di tepi meja yang diperbuat dari bathtub, kerusinya diperbuat seperti tandas, hidangan makanan juga diletakkan di dalam pinggan dan mangkuk berbentuk tandas.


Cannibalistic Restaurant ( JAPAN )
Restoran yang menghidangkan sushi di dalam badan manusia. Badan diperbuat daripada makanan dan diletakkan di atas meja bedah, seperti di dalam hospital. Pelanggan boleh "membedah" dimana sahaja mereka mahu dengan membedah badan itu dan memakan makanan di dalam badan itu.

0 comments: