Monday, December 13, 2010

Gambar DiSumpah - Seram

Gambar Ni adalah Screenshot gambar sebenar yang telah Diedit bagi Mengelakkan korang Menuduh pihak MyGempaks memaksa korang melihat gambar sumpahan ini. Jadi korang punya pilihan tuk melihat gambar sebenar Di Link dibawah sekali. Pihak MyGempaks TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB

Baiklah adik-adik. Kali ini saya benar-benar serius. Telah banyak kali saya dengar cerita pasal satu gambar lama yang dikatan telah disumpah. Ramai juga yang menghantarkan email meminta saya untuk memaparkan cerita ini. Gambar diambil sekitar tahun 1920an di tanah besar Cina. Setelah menyiasat lebih kurang, maka gambar tersebut ditemui dan cerita di sebalik gambar tersebut juga diperolehi.

Pada mulanya kemunculan gambar ini memang mengerikan, dan ada yang tidak percaya. Sekitar awal tahun 2000, seorang guru sejarah telah melakukan research mengenai gambar tersebut dan mengakui cerita di sebalik gambar ini.

Pada tahun 1920an ada seorang gadis berusia 17 tahun yang berasal dari keluarga yang kaya. Dia telah menemui lelaki idamannya. Lelaki tersebut berusia 19 tahun dan seorang yang cukup digilai di kampung tersebut kerana dia seorang yang tampan. Tanpa berlengah gadis ini melangsungkan pertunangan dengan si lelaki. Malangnmya sebelum upacara pernikahan sempat dijalankan, si gadis telah meninggal dunia kerana demam yang teruk. Dan mengikut tradisi di sana, lelaki harus juga berkahwin dengan gadis ini walaupun dia telah mati. Kerana enggan, lelaki ini melarikan diri dan menjadi seorang tentera.

Namun dengan harta dan pengaruh yang besar, keluarga gadis berjaya menemui dan membawa pulang lelaki tersebut. Nak tak nak lelaki tersebut dipaksa juga untuk berkahwin dengan gadis yang telah mati itu. Mayatnya dijaga dengan baik. Gambar ini diambil setelah 6 hari gadis itu mati. Pada waktu malam, mayat gadis didirikan dengan menggunakan sebuah papan. Jika diperhatikan dengan teliti, kelihatan kaki gadis tidak menyentuh tanah dengan baik. Suasana hujan lebat dan guruh sabung menyabung ketika gambar ini diambil.

Gambar durjana ini dikatan disumpah kerana lelaki itu sangat tidak menginginkan perkahwinan tersebut. Dan si gadis ketika hidup benar-benar ingin menikahi lelaki tersebut. Kerana kemiskinan, keputusan keluarga gadis tidak dapat ditolak.

Dikatakan, jika kita merenung gambar ini untuk beberapa lama, dan jika gadis (mayat) di dalam gambar ini tiba-tiba tersenyum, bermakna sesuatu yang buruk akan berlaku kepada anda.



Kami Di MyGempaks tidak Bertanggungjawab 

credits to gambarhantu.blogspot.com


Jangan Lupe Like And Comment OK!!

9 comments:

My Gempaks said...

27 orang likes. tapi takde yang mengomen. weee

Cik Nathrah said...

x berani la nk tgk..huhuh

My Gempaks said...

alahai.. tengok jela cik nathrah.. video makcik cik nathrah tu lagi seram hehe

mohd ishaq said...

dye senyum la...btol ke ni?? tegak bulu roma aq ni ha...

My Gempaks said...

habis la ko !!! kene sumpahan da!! :-t

Anonymous said...

Sapa yg da tgk ni?

My Gempaks said...

Mestilah sudah!! hehe

geejay said...

tkjut sdri aku.....hahahaha...

da forward kat kawan2....mcm2 reaction...tp mostly tkjut...dioarang bengang kat aku...sbb hampir2 kene heart attack

My Momok said...

Aku nak copy la letak dalam My Momok.