Thursday, December 9, 2010

FaceBook Di Banned




Laman facebook bakal disekat jika keselamatan negara terus diancam. Begitulah kenyataan Dato’ Seri Shahidan Kassim yang mula menjadi perbualan hangat negara. Persoalan diutarakan, benarkah facebook begitu mengancam negara? Berkesankah? Adakah cadangan bakal mengubah landskap negara? Isu utama, apakah implikasi cadangan ini kepada golongan muda negara, pengguna terbesar laman sosial facebook di Malaysia? DKDM mengulas.
Kenyataan dan perkhabaran yang antara lain dimaklumkan dalam laman-laman utama dan media masa negara seperti Berita RTM 07 Disember 2010 dan media bebas The MalaysianInsider ternyata sedikit sebanyak memberi tamparan hebat dan perbincangan hangat terutamanya oleh golongan belia muda di Malaysia. Respons yang diterima bukanlah atas dasar emosi atau berasakan penentangan, namun lebih kepada keraguan masyarakat tentang relevan cadangan ini dan keberkesanannya.
Kenyataan Dato’ Seri Sahidan sebagaimana yang diutarakan oleh media The MalaysianInsider, 8 Disember 2010 mengatakan bahawa adanya unsur penghinaan agama dan ancaman negara menunjukkan tidak perlunya laman facebook di Malaysia. Sedikit sebanyak kenyataan ini dilihat mengguris dan mengenepikan pandangan golongan muda sebagai pengguna utama facebook. Persoalan pokok, sejauh manakah facebook dilihat memberi ancaman sebegini? Jika wujudnya unsur ini, daripada manakah unsur ancaman dan penghinaan ini muncul? Mungkin secara tulusnya wujud kerisauan seperti yang dibentangkan, namun adakah kerana sesisir pisang yang rosak, pohon terus ingin dicantas?
Elemen ini diperkuatkan dengan hujah bahawa ia mungkin tidak mendatangkan apa-apa kesan. Pertama, langkah drastik sebegini selain dilihat menyekat kebebasan mereka yang tidak bersalah untuk bersosial seakan mengikut jejak langkah negara seperti China yang menyekat penggunaan facebook di China. Namun, perkara ini dijelaskan bukan atas sebab seperti dinyatakan tetapi kerana wujudnya laman seumpama facebook di China yang menggalakkan penggunaan bahasa mandarin di China.
Kedua, adakah dengan menutup facebook bermakna laman sosial lain seperti MySpace, Twitter dan juga Blogspot dan WordPress juga akan ditutup kerana adanya kebarangkalian yang laman-laman ini juga akan memberi ancaman? Cadangan yang diutarakan ternyata agak rapuh tanpa fakta-fakta dan bukti yang seharusnya diutarakan. Selain dianggap serangan kepada pengguna facebook di Malaysia yang rata-rata golongan muda, perkara ini juga dilihat satu metodologi ringkas untuk memastikan satu platform yang dianggap bermasalah ditutup berbanding mencari punca kenapa masalah itu terjadi. Secara yakinnya DKDM mengatakan, alat teknologi seperti Facebook tidak pernah bersalah, tetapi mereka yang menggunakannya dengan tidak berhemah yang bersalah. Mengikut asas cadangan ini juga, ia seolah-olah menunjukkan adanya keinginan untuk menghapuskan semua bas di Malaysia lantaran adanya risiko kematian dan kemalangan ngeri bas di Malaysia. We ask, you answer.
Ketiga, manusia sentiasa mencari cara untuk mengelak daripada sekatan sesetengah pihak. Tidak perlu jauh, dengan kemajuan teknologi, banyak laman proxy yang diwujudkan yang membolehkan pengguna melayar Facebook walaupun ia telah disekat selepas ini. Adakah ini menunjukkan keberkesanan cara? We ask, you answer.

AMIK DARI DDKM


HAA!! APA KORANG PUNYER PERASAAN DA?? KOMEN!!