Saturday, December 11, 2010

5 Setem Ter-Extravaganza Mahal Di Dunia

Kisah pasal setem - Gambar kat atas takde kene mengena sangat
Haaa!! info tuk hari nih!! Citer Pasal setem korang mesti pernah 
tengok Citer Setem kat ataskan? ade ke setem harga juta2 nih?? 
Jawapannyer = ADA!! yeargh its true.
Ada setem cecah jutaan ringgit nilainyer sebab Tersangat Lah Rare
Kat Bawah ni gambar2 dan Artikel TOP 5 Setem Termahal
So kalo jumpe kasi la kat MyGempaks erk hehe
Tangkap Leleh jerlah Derrrr...
5.Hawaiian Misionaries (0.5 juta USD)


most expensive stamps in the world hawaiian missionaries Top 5 Most Expensive Stamps in the World
Setem Hawaiian Missionaries

Pada tahun 1851, The Hawaiian Missionaries adalah setem pertama yang telah dicetak di Hawaii. Hanya beberapa keping setem ini yang berjaya diselamatkan dan merupakan setem yang sukar ditemui. Bayangkan pada 1851 harga setem ini hanya 2.5 sen dan kini nilai . 0.5 juta USD !!!! dan diseluruh dunia
hanya terdapat 16 keping setem asal ini.


4.Benjamin FranklinZ-Grill (1.5 juta USD) .

most expensive stamps in the world franklin z grill Top 5 Most Expensive Stamps in the World
Setem Benjamin Franklin Z-Grill

Setem ini adalah yang paling sukar ditemui dari semua setem yang pernah dicetak di  Amerika Syarikat, Hanya 2 keping setem ini sahaja yang dipercayai sehingga kini masih wujud didunia. bayangkanlah pada tahun 1868 setem
 "Z-Grill" dijual  pada harga 1 sen je.
saya ulang balik hanya 1 sen je setem ni dijual.  
dan pada tahun 1988 nilai setem ini adalah sekitar 1.5 juta USD !!!.


3.The Penny Black (2 juta USD)

most expensive stamps in the world the penny black Top 5 Most Expensive Stamps in the World

Penny Black adalah setem berpelekat rasmi pertama di dunia, dan dikeluarkan oleh Kerajaan England pada tarikh 1 Mei 1840 
dan mula digunakan pada tarikh 6 Mei. nilai setem ni 2 juta USD !!!, 


2. Three Yellow Skilling ($ 2.7 juta)

most expensive stamps in the world Three skilling yelow1 Top 5 Most Expensive Stamps in the World
Setem Three Skillig Yellow

Three-Skilling Yellow merupakan salah satu setem yang paling sukar ditemui didunia.  Setem ni dipercayai satu-satunya setem yang masih wujud dan selamat daripada koleksi setem ini didunia. The Three-Skilling Yellow,adalah setem salah cetak yang diterbitkan oleh kerajaan Sweden dalam pencetakan pertama pada tahun 1855. Pada tahun 1990 nilai setem ini  mencecah 1 juta USD,  
Pada tahun 1996 nilai setem ini dijual pada harga  2.7 juta USD. !!!! 
kalau convert ke RM hampir cecah RM9 JUTA!!!!


1. British Guyana One Cent Black on Magenta ( 3 juta USD)

most expensive stamps in the world british guyana Top 5 Most Expensive Stamps in the World
Setem British Guyana

Pada tahun 1856 setem ini telah dicetak buat pertama kalinya. The British Guiana One Cent Black on Magenta  adalah di antara setem yang paling sukar ditemui dan paling mahal di dunia. untuk pengetahuan anda setem ini sebenarnya telah dicetak di atas kertas berkualiti rendah dengan Magenta tinta hitam. 
Setem ini memegang rekod dunia sebagai setem paling mahal didunia.
nilai setem ni 3 juta USD!!!. kalau convert duit Malaysia hampir RM11 juta!!!

sumber www.worldsbiggests.com , www.worldstampnews.com
redzuan_duan.blogspot.com

0 comments: